WATER pump atau pam air enjin pada kenderaan adalah komponen penting dan perlu diberi perhatian.
Ia bertindak sebagai pengalir kitaran air ke dalam enjin untuk sistem
penyejukan dan suhu ini akan disukat melalui kepanasan air oleh pengesan
tolok suhu yang terletak di bahagian intake manifold.
Tolok akan memberi isyarat untuk mengaktifkan kipas pada radiator apabila suhu air mencapai tahap kepanasan.
Jika terdapat kebocoran, pam air akan pengepam keluar semua air dalam
enjin. jika ini berlaku, tolok suhu enjin pada bahagian meter kenderaan
tidak akan menunjukkan sebarang perubahan kerana gagal mengesan tahap
kepanasan enjin disebabkan ketiadaan air di dalam enjin.
Ini amat merbahaya kerana pemandu tidak menyedari kebocoran pam ketika
memandu. Sebarang perubahan yang berlaku adalah seperti enjin akan
menghasilkan bunyi lebih kasar diikuti dengan prestasi enjin menurun
dengan ketara misalnya menjadi berat ketika memandu.
Jika pemanduan diteruskan, kepanasan yang melampau akan terbentuk dan
bagi sesetengah kenderaan, situasi ini menyebabkan minyak enjin terbakar
dan menjadi kering seperti tar.
Pada sesetengah kenderaan pula, minyak enjin akan menyembur keluar atau
mengalir ke lubang air melalui retakan dalaman enjin atau gasket yang
terbakar akibat kepanasan melampau.
TIP PENJAGAAN :
Pastikan air radiator selalu diperiksa sebelum melakukan perjalanan.
Jika sudah berkarat, hantar ke bengkel yang bertauliah untuk
diselenggara dan membersihkan tangki radiator.
Jika menggunakan coolant, perubahan warna cecair itu perlu diberi
perhatian serius. Gantikan cecair ini pada setiap 20,000 km perjalanan
atau enam bulan sekali.
Ganti water pump pada setiap kali penggantian timing belt bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Sumber: http://mytipsbox.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment