Thursday, 26 December 2019

Cuti cuti bersama keluarga

Tadi ada la kawan saya kata, seronok nampak Mira jalan² kat KL dengan anak² naik bas.. Dia minta saya cerita satu² perjalanan pengembaraan anak² & mama & papa 😆

Ni cerita serba ringkas.. Kalau nak bawa anak² pkai public transport kat KL boleh la buat panduan..

Ni part 1

18/12/2019
Naik bas kat stesen bas Machang.. Saya beli 4 tiket bas.. 2 dewasa & 2 kanak² ( Angah & Adik kongsi satu seat je) Beli tiket pergi balik terus.. Kos lebih kurang RM300 lebih

19/12/2019!

Sampai TBS lebih kurang jam 5 pagi.. Cari toilet la of course mula 😆 pastu masuk surau & tunggu subuh.. Dah setel subuh, tukar tiket bas kepada boarding pass ( sebelum ni saya dah pernah cerita). Boleh tengok gambar, seawal 6.30 pagi pun dah ada orang beratur nak tukar boarding pass.. Masa ni ambik masa 10-15 minit jugak walaupun tak ramai pun orang..

Lepas tu kami ke stesen KTM untuk ke KL Central.. Lupa dah harga tiket 😅 ( belas² je)

Dah sampai KL Central, simpan beg & luggage kat tempat simpanan beg tu. ( tgk gambar) Tempat simpanan beg ni, ada 4 size.. Paling besar RM50, sederhana RM30, RM20 & RM10.. Boleh simpan 24 jam je kat sini.. Nak tambah masa kena buka pintu almari & tambah duit lg.. Peti dia memang secure sebab kena buka pakai thumbprint & pengecaman muka.. Kami ambik yang RM20 je sebab beg tak banyak pun..

Pastu naik sarapan dekat food court KL Central.. Makanan sedap & boleh kira murah la ( harga KL la youalls 😆)

Pastu kami masuk NU Central.. NU Central ni dia bersambung je dengan KL Central.. Masa ni baru jam 8 pagi.. Kebanyakan kedai masih lagi tutup.. Jadi saya biar je anak² berlari² kat dalam ni..

Jam 9.30 kami naik level 5 sebab nak tengok wayang.. Masa ni kami layan Jumanji The Next Level.. Best jugak cerita ni.. Cerita start jam 11 pastu tamat lebih kurang 1.30 petang

Dah abis cerita, keluar dari NU Central pastu booking My Car untuk hotel. Tak pakai Grab sebab mahal skit 😅

Hotel kami ni Hotel Run Star under OYO.. Booking pakai apps OYO ye.. RM108/night.. Bilik besar sangat.. Puas ati 👍

Sampai hotel, mandi & makan & tido dulu.. Recharge energy 💪

Jam 4.30 bangun ciap² nak berjalan semula.. Kali ni kami ke Berjaya Times Square.. Naik monorel je.. Stesen monorel betul² depan hotel kitaorang.. Turun hotel, naik tangga stesen monorel Chow Kit.. Nak ke Berjaya Times Square turun kat stesen Imbi..

Kat sini jalan² cuci mata je.. Tengok indoor theme park.. Nak masuk macam lari budget plak 😂😂

Pkul 10 balik tido.. Semua dah penat & ngantuk 😴😴

Part 2 ( day 2)

20/12/2019

Seawal 7 pagi lagi dah kejut anak² semua.. Kami mulakan hari dengan pencarian sarapan di Cheras 😆 . Cheras ni rumah mak sedara saya sebenarnya. Dah alang² sampai KL ni melawat la sedara mara ye tak?

Dari hotel, sekali lagi kami booking My Car.. Yang ni ingat kos dia RM18.40..

Sarapan bihun goreng & nasi lemak. Dah kenyang kami gerak ke KLCC.. Nasib baik la ada sepupu yang sudi hantar.. Turun betul² depan pintu Aquaria.. Kalau naik tren/ MRT, kena jalan agak jauh.. Lebih kurang 500 - 800 meter la jugak..

Tiket Aquaria pun saya beli online awal² lagi dengan Noraini Binti Yusoff. Kelebihan beli online ni, harga lebih murah & tak perlu beratur.

Pastu jalan kaki masuk KLCC.. Nasib baik la ada stroller sepupu saya tu.. Boleh la Amalin tido kejap.. Solat zuhur & makan² kejap. Pastu naik tingkat 3 untuk tengok wayang..

Kali ni kali tengok Ejen Ali.. New thing saya belajar.. Bayar tiket wayang pakai E wallet touch & go.. Dapat harga lebih murah..

Dah keluar wayang, ingat nak masuk petrosains, sekali dah tutup 😅 Rupanya jam 4 dah tutup untuk kemasukan.. 5.30 petang petrosains tutup..

Kami pun turun pusing² bergambar dalam KLCC dan main dekat taman kat luar.. Sebenarnya plan nak.mandi delat kolam.. Tapi kolam tutup plak sebab under maintenance..

Dah dekat maghrib, kami masuk KLCC balik & makan Texas Chicken 😆😆 sedap weh ayam dia.. Eskrem pun sedap sangat..

Dah makan, menapak ke stesen tren KLCC ke Kelana Jaya sebab ada orang nak belanja shellout 😋

Setel makan kat Kelana Jaya, tukang belanja hantar kami balik hotel..

Mandi & tido 😴

21/12/2019

Cek out lebih kurang jam 8 pagi.. Kami pilih naik keratapi je sebab risau stuck dlm jem kalau naik My Car.. Naik monorel, turun kat KL Central, pastu tukar KTC ke stesen Bandar Tasik Selatan ( TBS) Sampai jam 9 lebih masa ni.. Nasib baik dah tukar tiket bas kepada boarding pass.. Terus ke gate tunggu bas..

Bas sharp 9.45 pagi & sampai stesen bas Machang lebih kurang 5.30 petang..

Alhamdulillah..

Monday, 23 December 2019





📢 *Memohon Sumbangan Bahan Mentah* 📢
Sumbangan bahan mentah diperlukan untuk menampung perbelanjaan makanan murid.
Sumbangan pihak tuan/puan amat dihargai.
Segala pertanyaan boleh hubungi pihak kami di no tentera👇🏼.



Pertandingan RAM sispa uitm machang

Thursday, 15 May 2014

Etok




Etok atau nama saintifiknya Corbiculacea adalah haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang mollusc dwicengkerang. Ia termasuklah Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea.[1]

Menurut Kamus Dewan, perkataan etok diambil dari dialek Kelantan yang diaganti dengan perkataan "etak" yang merujuk kepada kerang sungai.
Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat, merujuk etok sebagai sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.[2]

Habitat

Etok umumnya boleh dijumpai dikawasan sungai air tawar yakni pada dasar sungai atau terusan. Ia boleh juga dilihat hidup dikawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Namun, etok lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi.
Etok yang kebanyakannya bersaiz batu kerikil, banyak mendiami kawasan sungai di bahagian negara-negara beriklim tropika seperti di negeri-neger pantai timur Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Selain itu, etok juga turut mendiami kawasan sungai pantai timur Thailand. Ia lebih gemar hidup dalam dasar sungai yang tanahnya berselut.
Di Malaysia, musim kemarau diantara bulan Mac hingga Ogos dilihat adalah musim terbaik untuk menangkap etok bagi dijadikan hidangan, kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan. Etok merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasan yang tenang aliran airnya dan berlumpur.
Kulit kerang etok biasanya terdapat dalam 2 macam warna, iaitu coklat kehitaman dan warna kuning cerah. Etok bercengkerang warna coklat kehitaman sering dijumpai dikawasan sungai air tawar yang berlumpur, manakala berwarna kuning cerah pula dikawasan berpasir.
Etok boleh ditangkap dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat dari kerawat besi.


https://www.facebook.com/pages/Kedai-vitamin-pilihan/508256252517722

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00





CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

selamat mencuba, SHARE n LIKE utk SAHABAT anda


https://www.facebook.com/pages/Kedai-vitamin-pilihan/508256252517722?ref=hl 
WATER pump atau pam air enjin pada kenderaan adalah komponen penting dan perlu diberi perhatian.
Ia bertindak sebagai pengalir kitaran air ke dalam enjin untuk sistem penyejukan dan suhu ini akan disukat melalui kepanasan air oleh pengesan tolok suhu yang terletak di bahagian intake manifold.

Tolok akan memberi isyarat untuk mengaktifkan kipas pada radiator apabila suhu air mencapai tahap kepanasan.
Jika terdapat kebocoran, pam air akan pengepam keluar semua air dalam enjin. jika ini berlaku, tolok suhu enjin pada bahagian meter kenderaan tidak akan menunjukkan sebarang perubahan kerana gagal mengesan tahap kepanasan enjin disebabkan ketiadaan air di dalam enjin.

Ini amat merbahaya kerana pemandu tidak menyedari kebocoran pam ketika memandu. Sebarang perubahan yang berlaku adalah seperti enjin akan menghasilkan bunyi lebih kasar diikuti dengan prestasi enjin menurun dengan ketara misalnya menjadi berat ketika memandu.

Jika pemanduan diteruskan, kepanasan yang melampau akan terbentuk dan bagi sesetengah kenderaan, situasi ini menyebabkan minyak enjin terbakar dan menjadi kering seperti tar.

Pada sesetengah kenderaan pula, minyak enjin akan menyembur keluar atau mengalir ke lubang air melalui retakan dalaman enjin atau gasket yang terbakar akibat kepanasan melampau.


TIP PENJAGAAN :

Pastikan air radiator selalu diperiksa sebelum melakukan perjalanan. Jika sudah berkarat, hantar ke bengkel yang bertauliah untuk diselenggara dan membersihkan tangki radiator.

Jika menggunakan coolant, perubahan warna cecair itu perlu diberi perhatian serius. Gantikan cecair ini pada setiap 20,000 km perjalanan atau enam bulan sekali.

Ganti water pump pada setiap kali penggantian timing belt bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


Sumber: http://mytipsbox.wordpress.com/

Tuesday, 25 February 2014

Nasi Kak Wok

Nasi Kak Wok. Rasanya kalau ditanya majoriti rakyat Kelantan tentang apa dia nasi Kak Wok ? , mereka akan membayangkan nasi ayam goreng yang dipotong kecil bersama kuah gulai kerompes ( sayap, tengkuk, pedal, hati dan sebagainya).

Tapi, apa atau siapa itu nasi Kak Wok?

Arwah Kak Wok atau nama sebenarnya Mek Wok Bt Hassan adalah merupakan seorang pengasas nasi berlauk ayam goreng yang dipotong halus bersama gulai kerompes ayam. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah

Premis Nasi Kak Wok (The Original) ialah terletak di Kampung Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra atau dengan landmark pengecamannya adalah lorong Kota Bharu Medical Centre (KBMC) - 1 kilometer dari bangunan Hotel Renaissance. Premisnya terletak lebih kurang 200 meter dari simpang lorong tersebut.

Premis Nasi Kak Wok merupakan sebuah tempat makan yang sederhana , tiada layanan teristimewa malah layan diri sambil berdiri. Pinggannya pula hanya beralaskan kertas pembungkus nasi . Tapi kenapa dengan sebuah kedai kampung sebegini bisa menjadikan nama Kak Wok itu satu fenomena perniagaan yang menghasilkan mungkin beratus premis nasi ala Kakwok di seluruh Kelantan .

Rahsianya hanya akan terungkai bila anda menyuapkan nasi bersama sedikit kemanisan gulai kerompes dengan aroma terung ,timun dan kacang panjang manakala sedikit kemasinan ayam goreng dan lembutnya kemasaman sambal belacan perahan asam limau kasturi meneutralkan keadaan . Fuh! Entah apa kami nak cerita. Ringkas dan bersahaja dalam erti kata 'Simply The Best'.

Premis Nasi Kak Wok (The Original) ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 7.30 pagi hinggalah 5.00 petang.

Pasal harga , Nasi Kak Wok standard adalah hanya RM3.00 . Apa lagi yang kita mahu, makanan sedap, harga murah untuk seisi keluarga kita . Masyaallah.








https://www.facebook.com/pages/Kedai-vitamin-pilihan/508256252517722?ref=hl