Nasi Kak Wok. Rasanya kalau ditanya majoriti rakyat Kelantan tentang apa
dia nasi Kak Wok ? , mereka akan membayangkan nasi ayam goreng yang
dipotong kecil bersama kuah gulai kerompes ( sayap, tengkuk, pedal, hati
dan sebagainya).
Tapi, apa atau siapa itu nasi Kak Wok?
Arwah Kak Wok atau nama sebenarnya Mek Wok Bt Hassan adalah merupakan
seorang pengasas nasi berlauk ayam goreng yang dipotong halus bersama
gulai kerompes ayam. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah
Premis Nasi Kak Wok (The Original) ialah terletak di Kampung Lundang,
Jalan Sultan Yahya Petra atau dengan landmark pengecamannya adalah
lorong Kota Bharu Medical Centre (KBMC) - 1 kilometer dari bangunan
Hotel Renaissance. Premisnya terletak lebih kurang 200 meter dari
simpang lorong tersebut.
Premis Nasi Kak Wok merupakan sebuah
tempat makan yang sederhana , tiada layanan teristimewa malah layan diri
sambil berdiri. Pinggannya pula hanya beralaskan kertas pembungkus nasi
. Tapi kenapa dengan sebuah kedai kampung sebegini bisa menjadikan nama
Kak Wok itu satu fenomena perniagaan yang menghasilkan mungkin beratus
premis nasi ala Kakwok di seluruh Kelantan .
Rahsianya hanya
akan terungkai bila anda menyuapkan nasi bersama sedikit kemanisan gulai
kerompes dengan aroma terung ,timun dan kacang panjang manakala sedikit
kemasinan ayam goreng dan lembutnya kemasaman sambal belacan perahan
asam limau kasturi meneutralkan keadaan . Fuh! Entah apa kami nak
cerita. Ringkas dan bersahaja dalam erti kata 'Simply The Best'.
Premis Nasi Kak Wok (The Original) ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 7.30 pagi hinggalah 5.00 petang.
Pasal harga , Nasi Kak Wok standard adalah hanya RM3.00 . Apa lagi yang
kita mahu, makanan sedap, harga murah untuk seisi keluarga kita .
Masyaallah.
https://www.facebook.com/pages/Kedai-vitamin-pilihan/508256252517722?ref=hl