Tuesday, 7 January 2014

Khasiat Rahsia Daging Burung Merpati

Khasiat Rahsia Daging Burung Merpati


Bagi penggemar daging burung, mungkin burung merpati bukanlah asing bagi mereka selain burung puyuh. Namun, tahukah anda apakah khasiat burung merpati? Sebenarnya ia banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Daging burung merpati mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.Ketahui apakah khasiat di bawah ini. Khasiat Rahsia Daging Burung Merpati
Khasiat Daging Burung Merpati
Cara nak menikmati daging burung ini boleh pelbagai mengikut kreativiti masing-masing. Nak buat barbecue  atau buat gulai semua boleh. Tapi satu cara yang sangat-sangat digalakkan terutama bagi wanita ialah buat sup burung merpati.
Dikatakan amalan makan burung merpati yang jantan, dapat membantu mengubati penyakit-penyakit berikut:
  •         penyakit lembik.
  •         penyakit kebas-kebas badan.
  •         penyakit lumpuh.
Menurut orang tua-tua dulu, amalan makan burung merpati betina pula ialah:
  •         Menguatkan tenaga jimak
  •         Dapat memanjangkan umur. InsyaAllah… apa pun kena ingat lah bahawa ajal dan maut nie ketentuan Ilahi…
Khasiat Sup Burung Merpati Untuk Wanita
Menurut ceritanya, arwah nenek che petua nie boleh dikatakan macam bidan kampung lah. Kebiasaannya kalau ada yang ada kemaslahan kesihatan tu terutamanya berkaitan sakit orang perempuan selalunya diaorang akan datang mendapatkan nasihat dan rawatan daripada arwah nenek.
Menurut ibu che petua, kalau ada gadis yang mengalami masalah selaput dara terkoyak, makanya nenek akan syorkan gadis tu makan sup burung merpati. Kalau korang nak tau kes-kes sedemikian memang ada berlaku terutama kepada anak dara yang terlalu aktif dengan sukan lasak atau contohnya tersadung masa naik basikal dan aktiviti yang seangkatan dengannya. Khasiat Rahsia Daging Burung Merpati
Untuk menilai tahap keberkesanannya pula, ibu che petua pun tak dapat beri jawapan dengan pasti. Katanya mungkin berminggu dan mungkin ada yang sampai sebulan dua. Cuma katanya orang yang mengalami masalah tu boleh merasai bahawa selaputnya daranya telah pulih kembali selepas mengamalkan makan sup burung merpati nie 2-3 kali seminggu.

Khasiat Taugeh Untuk Kesihatan Diri (Menarik!)


Khasiat Taugeh Untuk Kesihatan Diri (Menarik!) | 
Taugeh merupakan antara sebahagian dari sayuran yang terdapat dalam bahan masakan seperti dalam masakan mee goreng, kuew tiaw goreng, sayuran campur dan lain-lain lagi. Namun Tidak semua orang menggemari   taugeh. Tetapi bagi yang menggemarinya, tentu anda gembira apabila mengetahui taugeh mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan termasuk untuk awet muda. Berikut merupakan khasiat taugeh:
1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih Muda
Taugeh juga  padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Sunday, 5 January 2014

Bayar Yuran Sekolah Pakai Duit Syiling

[MUHASABAH: Bayar Yuran Sekolah Pakai Duit Syiling]


Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.